dikendalikan oleh TM
MCMC
PI1M
Kg Krokong, Bau Sarawak
  • Utama
    • Mengenai Pi1M
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim Pi1M
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Jom Kenali Komputer

28 Febuari 2015 | Aktiviti Terkini

Kelas Bersama Murid-Murid Tabika Kemas Kpg. Serasot dengan temanya iaitu "Jom Kenali Komputer" telah diadakan pada 27 Februari 2015, hari Jumaat bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari dan bertempat di PI1M Serasot. Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan para pelajar kepada pengenalan asas komputer seperti komponen-komponen komputer dan fungsinya sebagai langkah pertama kepada para pelajar untuk celik IT. Kelas ini telah dihadiri oleh sebanyak 12 orang murid Tabika KEMAS Kpg. Serasot dan Pn. Josie Anak Asin yang merupakan guru Tabika KEMAS Kpg. Serasot. Kelas ini dikelolakan oleh Francisca Anak Nijit, Pengurus PI1M Krokong, Cik Kollisa Anak Johia, Pengurus PI1M Serasot dan Cik Viviana Ak. Karek, Penolong Pengurus PI1M Krokong, dan. Di dalam kelas ini, murid-murid Tabika KEMAS Kpg. Serasot diberi penerangan berkaitan asas komponen-komponen komputer beserta fungsinya dengan menggunakan komponen-komponen komputer yang sebenarnya. Selain itu, murid-murid juga diminta untuk melukis dan melabelkan asas komponen komputer untuk memastikan agar mereka faham dan ingat apa yang diajar. Selepas itu, murid-murid diberi peluang untuk mewarna menggunakan aplikasi MS Paint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2016 Semua Hakcipta Terpelihara.